Sunday, September 12, 2010

Picasa Raya Aidilfitri 2010

Tanggal 10 Sept 2010, Jumaat bersamaan 1 Syawal 1431 semua umat islam merayakan Aidilfitri dengan gembira.. Sesungguhnya aku bersyukur ke hadrat illahi kerana masih dipanjangkan usia menyambut 28 tahun syawal.. Seperti kebiasaan nya pada pagi raya my hubby akan pergi sembahyang raya, aku n my Wisya akan siap-siap packing kuih raya, beg baju, sementara menantikan hubby untuk pulang ke kampung.. Tapi pada tahun ni, ada 1 agenda baru yang kami  lakukan iaitu menziarahi Pusara anakanda ku MOHD RAQIB di tanah perkuburan Masjid Keladi, Wisya tak sabar nak g tengok pusara adik...Sayu hati tetiba rasa bila menjejak kaki di tanah pusara Aqib, Ibu rindu Aqib. dah 8 bulan Aqib tinggalkan ibu, Babah, kakak... terus aku terkedu diam sejenak sepanjang perjalanan pulang ke kampung.... 

Bila dah sampai ke Felda Ijok, aku dah berubah ceria kembali.. Malas la pulak nak ceritakan keceriaan aku, wisya n hubby maka aku gantikan ngan picasa-picasa yang ada bagi menceritakan betapa meriahnya raya di kampung...yang best nya tahun ni hubby sangat sporting nak ambik pic raya bersama-sama... tu yang wat aku lagi tersenyum bahagia..wahhaaaa...

Layanzzzz...... :)














Seluruh ahli keluarga yang ada...bersama tok dan Tok Wan.. kenangan paling mahal ni...

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA..........

KAMI SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
 BUAT SEMUA ;
GENG SEKOLAH RENDAH DATO' WAN MOHD SAMAN
GENG SEKOLAH MENENGAH TANDOP...
GENG SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SG.PETANI 2, S.P,KEDAH
GENG KOLEJ SAL, K.L
GENG JPNIN, SELANGOR
GENG-GENG JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA..
GENG JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PULAU PINANG
GENG JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS
AHLI-AHLI KELUARGA
GENG-GENG FB, BLOGGERS TEGAR
GENG-GENG BLOGGER'S...
& SESIAPA YANG MENGENALI DIRI INI....

AMPUN & MAAF DIPINTA SEKIRANYA ADA SALAH PENGGUNAAN KATA YANG TIDAK SENGAJA MENGURISKAN HATI DAN PERASAAN ANDA SEMUA SEPANJANG MENGENALI DIRI INI...



















INGATAN TULUS IKHLAS DARI KAMI...

SAIDI @ DIDIE....
REDWAN...
NUR DARWSYAH....


Possed Si Anak Dara One....

Agak-agaknya betoi la apa orang kata kan... " Tak kemana kuah kalau tidak ke nasi kan"... he he melihat gaya si anak dara One berpossing kat depan kamera baru-baru ni dengan bergaya kan baju korean dan cheongsam..terus terkenangkan zaman aku dolu-dolu..suka sangat possing..pantang jumpa kamera mesti nak possed, senyeh.. ha ha kini Darwisya One mewarisi nya pulak.. Aku?? dah hilang sedikit minat bergambar, bukan hilang terus maa... sedikit jer..kalau pakai cantek-cantek, g tempat cantek-cantek sure ler masih nak tergedik-gedik bergambar..nak simpan kenangan konon nya. padahal memang kaki possing waaahaaa....

Cakap pasal Si Anak Dara One... sejuk tengok gambar dia.. manis..comel.. setengah kawan aku kata sebijik aku.. suami lak protes...kata ikut kehandsomeman dia lak..huh perasan toi la.. Yang pasti lesung pipit wisya lagi dalam dari ibu dia la.. mulut, manis semua ikut ibu..huaaa huaaa :) ...abg jgn marah ekk..

hmm cakap jer tak best kan kalau tak dak penyegar mata....Saksikan lah gaya Nur Darwisya One bergaya dan berpossing....





bukan main bergaya ler dia possed..follow jer apa photographer arahkan..tak sangka dah cerdik dia sekarang ni..dulu masa dia setahun nak ambik gambar paspot kat studio nangis takut.. sekarang pantang tengok kamera ker phone kamera jer sure dia akan bergaya, berpossed mcm dalam tv...





PERMATI HATI IBU DAN BABAH..NUR DARWISYAH ONE....
IBU SAYANG WISYAH....

Saturday, September 4, 2010

Blog Under Renovation maaaaaa....

Pelikla.. tiap kali buka blog background tak leh display.putih n tak leh nak baca entry sebab tak nampak...hmmm malas nya nak search lagi background yang ada..so pilih jelah yang sedia ada kan senang...hu hu ambik color purple ..my favorite color ma...

Tapi tulah bukan senang jugak nak edit, susun atur gadget yang ada ni..semua lari aaaa... hmmm kalau mcm nyusahkan ker..maafler yer..masih tak sempat nak renovation ler....mcm tak dak masa dan malas yang lebih menguasai segalanya ni..segala kesulitan amatlah dikesali....


Wednesday, August 18, 2010

Pregnant back.....

SYUKUR Alhamdullillah ku panjatkan ke hadrat Illahi....
Hmm nampak gayanya aku pas ni akan gemuk kembali selama 9 bulan 10 hari lamanya...
ini bermakna berehat sekejap yer diet ku...
Pas 9 bulan ni kita fikir lainla mcm ner nak kurus kata suami...
:) Wisya bukan main happy bila tahu ada baby dalam peyot..
Dia yang lebih-lebih suh babah hati-hati..dalam peyot ibu ada baby, sian baby dia yau sat g...






Friday, June 25, 2010

18 Jun 2010 Ibu dan Anak

Birthday Ibu Dan Anak.....18 Jun 2010





Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran pada Mu Ya Allah.., Wisya dah berusia 3 tahun pada 18 Jun 2010 dan ini bermakna umur aku jua meningkat 28 tahun pada 18 Jun 2010.... Simple Party birthday Ibu dan Anak di Taska Wisya done...Semua yang direncanakan berjalan lancar dengan meriah.. Kek yang ditempah menambahkan lagi seri Party birthday ini...Kredit to Kak Aisyah kerana telah menjayakan secara langsung majlis birthday party ini...Pic yang terlalu banyak untuk santapan mata...


Birthday ibu dan Anak..

Hmm akak Yong @ Kak Nisyah Cupcakes collection..sorry yer dd ciplak akak nyer pic kat blog yer..Dd tak pandai lagi nak edit-edit ni...banyak lagi gambar yang telah di upload kat photo gallery di website lagi 1.. http://didielife.webs.com/... Dijemput untuk santapan mata sepanjang simple Party birthday Ibu dan Anak..



Kek Minnie untuk Ibu celebrate sebelah malam 18 Jun 2010 pulak yer.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink