Friday, October 25, 2013

geeeaam.......


gerammnya tgk kaki dak kecik ni...cute n comey jer..

cukur dan tahnik

Alhamdulillah...
Selesai dan lepas niat ibu nak wat cukur n tahnik dengan kenduri pulut kuning secara kecil-kecilan untuk sedara mara dan jiran yang terdekat..

Good Girls sangat lah baik..
ari ni di pagi jumaat.. 25 Oktober 2013..ari ke 24 di dunia..
di botakkan kepala dan di belah mulut oleh Ustazah K.Ida, siap possing lagi time ibu nak snap gambar dier.. hmm budak-budak la ni noh..zaman Fb la katakan ustazah tu cakap..

jom layan...picasa budak baik tu...













Rasa puas noh, bila niat dihati telah dilaksanakan..terima kasih pada mak mertua ku, mak su fariza, n kakak ipar datang tolong masak pulut kuning, kari ayam, kurma telur, nasi, sayur untuk kenduri kecilan ini..



Sunday, October 13, 2013

Jaundice oooo jaundice



memang tak boleh nak elak kan..baby dari sakit demam kuning ni kan..
nak tak nak terpaksa check in juga bawah lampu ni ..
turun naik turun naik... ari ni hari ke 12 meter masih di paras 214 yooo..
hope cepat lah semboh yer anak...
cuma kali ni daku tak baper nak risau sangat sebab pengalam masa Adawiyah lagi aaar...



Dhia Nur Sumayyah


Dhia Nur Sumayyah Bt Redwan
nama dipilih oleh Babahnya, dari tak ngandung lagi dah cakap berkenan sangat ngan nama Sumayyah..sebab dok dengar lagu nasyid In team kot rasanya..

"Sinaran Cahaya Kebanggaan Kami/Ku"

Alhamdulillah..murah rezeki anakku ini.. sentiasa di ziarahi oleh rakan-rakan ibu..


Selamat Datang my 3D


Alhamdulillah....
Ahlan Wahsahlan My Dhia Nur Sumayyah Bt Redwan..
02 Oktober 2013- 7.36 malam
Hospital Kulim, Kedah
dilahirkan secara normal SVD.. berat 2.4kg 

Pada mulanya dijangka lahir pada 01 Oktober 2013 tapi baby tak ready nak keluar lagi sebab nak ibu cuti hingga abis tahun ni..."Good Girl...

Pagi 1 Oktober 2013-jam 8.00 pagi g menyerah diri ke Hospital Kulim, Kedah untuk di induce, tetapi pada jam 10.00 pagi doktor nak masukkan ubat induce tu doktor scan tengok posisi baby songsang berpusing kepala di atas, kaki di bawah.. Ya ALLAH terkejut doktor india tu..sib baik scan dulu..kalau terus induce naya ibu...
Terus Doktor call Pakar 1 Doktor Goh naik tengok, then bila doktor datang terus dier decide nak cezer n tanya ada puasa ke tak...
Ohhh tidakk ibu belom ready untuk di cezer,terlalu banyak kesulitan bakal di hadapi jika ku pilih cezer, terus wat muka blur n minta nak balik dulu...Doktor Goh tak benarkan.. may be dier tengok daku wat muka serabutt..so dier bagi 2nd pilihan iaitu pusingkan kepala baby turun ke bawah, jika berjaya.. baru boleh induce.. that means kena ler check in lagi 1 malam di Hospital Kulim tu yer...ibu duduk jer atas katil tido pun mengiring takut baby pusing songsang balik... tiap 2 jam ada nurse datang pasang mesin rentak jantung n check posisi kepala baby..

Pagi 2 Oktober..jam 6.30 pagi doktor datang bagitau nak masukkan ubat..so scan tengok ok semua..masukla sebiji ubat untuk paksa bukaan rahim...relaks- punya relaks...sakit sikit -sikit jer pun.. jam 12.30 doktor check bukaan baru 2cm then masukkan lagi 1 dos induce.. pas tu mula rasa menyengat-nyegat daaa.. tak boleh dok diam daa.. pas mr hubby balik jer ngan 2D terus tak leh dok diam, g jalan-jalan ronda wad 10 ziarah jiran sebelah dah selamat bersalin... pukul 4.30 petang dah rasa sakit semakin kerap dan kuat..sempat lagi g mandi air panas..kemas-kemas barang semua then g kaunter nurse bagitau sakit kuat tak tahan dah.. nurse check tengok dah buka 5cm..terus depa wat kalut aaaar nak tolak p Labour room..

Kul 5 petang tolak p LR, note en hubby ambik balik then tak der bgtau dia lah..karang dier datang kul 5 lebih jap g nurse bgtau la kot... tolak-tolak masuk LR tak ramai sangat terus g katil.. n doktor pecahkan air ketuban..doktor check tengok kepala baby jauh sikit dari pintu so diaorang baringkan ku secara duduk bagi kepala baby turun.. pasang mesin..drip air.. tunggu  punyalah sakit ya amat dan kerap semakin mencengkam...sehingga lah jam 7.30 tu ku dah tak tahan minta nak teran jugak laaa... akhirnya jam 7.36 selamat dah anak perempuanku yang ke tiga...
Alhamdulillah.. ALLAH permudahkan .. syukur Ya ALLAH.. hanya itu sahaja yang dapat dilafazkan...
baby sihat..normal..

Pas tu sakit jahit dah tak rasa bila baby diletakkan atas dada ku.. tengok mata dia bulat jer bukaa.. Fuhhh nikmat dan anugerah ALLAH yang tidak dapat diungkapkan ..
so malam tu tido dengan senyuman jer bila tengok baby ada dalam baby cord sebelah jer..
Pukul 9.30 baru ditolak masuk wad 10..En hubby n Kakak Wisya 
senyum jer..
  baby  selesai di Iqamat kan di telinga..

Bermula la rutin berjaga di malam hari....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink