Wednesday, May 22, 2013

Tahniah Kak Wan Rohaiza

Syukur Alhamdulillah...
Kak Wan Rohaiza dah selamat melahirkan (cezer)  seorang baby girl 22 Mei 2013 , jam 11.00 pagi tadi  di Hospital Seberang Jaya..
gambaq baby tak leh upload lagi rini sebab auntie Dd tak sempat terjah lagi ari ni,plan  esoklah selepas balik dari Appoinment Pakar 1 Hospital Kulim Ins Shaa ALLAH auntie Dd g sana terjah sebab esok dah apply leave so tak perlu lah nak rushing sangatlaaa.. ye ye esok  cutiiiii ari jumaat penang ambik wesak..cutiii lagii continue..balik kampung Felda Ijok ada kenduri doa selamat...

Seronoknya..tak sabar nak g cium bauan kiriman dari Syurga tu.. baby girl la la la.. kongsi birthday sama auntie Hosniah ler nampaknya..





Tuesday, May 21, 2013

dap dip dup...

baru dapat perkhabaran berita...chat gmail
nebes la pulak..dap dip dup..
terima kasih Erni.. selaku penyampai berita terkini..
terkejut jugak dapat tahu kawan kat opis lama Kak Wan 
Rohaiza dah check in Hospital Seberang Jaya.. menanti di "operasi" kan..so detik ini kira menanti kelahiran baby yang suprise belom tahu blue or pink aaar.. ritu masa dating breakfast ngan kak wan ada bgtau baby dia dok melintang, kepala tak turun bawah lagi masa tu dah 8 bulan.. tak sangka masuk 9 bulan da perut kecik baby dah besaq tak leh pusing turun bawah da..
call cakap ngan Kak As selaku geng moncit2 di spt tu..hmmm esok baru operate then syioklaaa baby inside kongsi birthday ngan auntie Hosniah daaa..jeleesssnya auntie Dd dengaq aiih..

Dd doakan semoga kak wan rohaiza dan baby selamat..dipermudahkan segala urusan "cezer" ke esokkan harinya..amin




Wednesday, May 15, 2013

Teduhan kasih telah didramakan...


yeehaaaa...start rini 15 Mei drama teduhan kasih ini akan dimainkan di slot Akasia TV3..adaptasi dari novel favorite ku..
tak syioknyaa time magrib la pulak..
pukul 7mlm yer..

seyes ku sangat suka novel sentuhan marissa ni..
kisah Papa Ehsan..Mama Efa..dan hadirnya Adam penyeri hidup Efa..
tak rugi oooo baca novel ni..
harap setelah didramakan tidaklah lari sangat dari jalan citer asal buku yer..


Update baby inside


semalam balik dari Kursus Fotografi kat Pejabat Pertanian Cherok Tok kun terus g check up sebab ada appoinment scan n jumpa doktor kat Klinik Kesihatan Taman Selasih..
ikut appoinment pukul 2 pm tapi sayang pulak nak escape awal dari kursus so tunggu selesai jam 3.15ptg terus rempit balik p KK..
sampai dah 3.40 petang n bgtau ler reason sebab lewat..sib baik sempat..
sebenarnya rasa tak sabaq nak jengok si kecik kat dalam ni.. tak pernah scan lagi sebab en hubby kata tak elok laa kerap2 scan.. tunggu punya tunggu pukul 4.30 baru giliran di panggil punya la lama menantiiii..biasalah cara kerajaan,..kalau daa duit better g swasta ler tak sakit hatii..kuaq2 klinik tengok dah gelap depa tutup daa.. yelah dah jam 5.00 petang laaa..

selesai scan..doktor buat muka runsing..Waaa ini yang part paling tak suka.. doktor bgtau kedudukan uri dibawah.. so pas ni kena follow up scan balik.. kena tengok balik sama ada uri naik atas balik ke tidak.. lagpun baru masuk 19 minggu kan..so masih ada masa untuk baby memusing..
real nampak kedudukan kepala baby semalam di bawah..nampak tangan dok kuis2 kat atas.. kaki pun comey jer tgk..paling nebes tunggu nak tgk denyut jantung baby, nyut nyut..syukur alhamdulillah baby sihat semuanya.. jantina masih tertanya-tanya..tak nampak sangat semalam sebab dia dok kepit.. rasa mcm kali ni nak rasa suprise..biaq masa kuaq nak tanya misi anak apa ekk? boleh ker tahan rasa nak tau lagi 4 bulan mendatang ni.. tengok fizikal kembang semcm macm girl jer..tak booolat tajam pun..tungguuuuuu tengokkkkk laaa kan..

disebabkan pernah ada sejarah anak ninggal dalam rahim daku memang kena refer kes kat Pakar 1 Hospital Kulim 23/5 nanti.. okeylah doktor nak caring lebih..bersyukur dan berdoa semoga baby sihat sempurna dan keluar pun dipermudahkan jalan.. 

otw balik runsing jugak 1st time laa scan uri duduk dibawah, sebelum ni dah 3 kali preggy tak der pun uri duduk dibawah..mula lah dok terpk kena tahan wad macam kak CC spt dulu, sapa ler mau jaga 2D ku p sekolah nanti..mcm2 dah rasa runsing..balik tanya geng2 wasap SLOM depa kata normal jer tak perlu urut ker apa tunggu 36 week nanti Ins Shaa ALLAH dengan penuh harapan kembali normal.. so far tak perlu rasa risau sangat yer.. 

Lg 1 doktor ada pesan jangan wat kerja berat takut berlaku pendarahan.. yer.. lately ni memang rasa lasak tak hengat laa.. si Dhia pun masih merap nak berdukung bagai, malam2 masih berjaga n mengamuk..so harap ALLAH permudahkanlah kandungan ku kali ni, amin.



Tuesday, May 14, 2013

Kursus fotografi


14 Mei 2013- Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, Cherok tok Kun
Kursus Fotografi 
anjuran Unit Latihan JKMNPP

syiokkkk jadi model DSLR jelah
kamera tak dak...tengokkk n possing jelah..
punya banyak snap n possing bagai2 laaaa 


Monday, May 6, 2013

yakini ALLAH...

✿~✿ Janganlah terlalu memikirkan tentang rezeki kerana ianya telah dijamin oleh Allah sebaliknya curahkan perhatianmu kepada ibadat kerana itulah yang menjadi bekalan kamu di akhirat kelak~~

ini yang daku selalu sisipkan dalam diri.. rezeki jaminan ALLAH bukan kerja manusia..
dan islam juga dalam diri kita bukan jaminan dari manusia dan mana -mana parti ka ustaz kaa..
Yang penting IMAN dalam diri kita.. AKIDAH yang mantap dalam diri kita..harus mencari keseimbangan hidup di dunia dan akhirat, kejaq dunia jer akhirat tak dak tak dak makna jugak sebab kita hidup di dunia mencari keredhaan dan bekalan di akhirat..
zuhud di dunia nak kejaq akhirat saja pun tak leh jugak sebab akan menyusahkan diri dan keluarga nya jugak.. mengharapkan bantuan semata-mata pun tak boleh jugak nah..
hidup nak FREE jer pun haru jugak..

renung2 kan buat diri sendiri sama ni...

PEACE NO WAR



I LOVE ISLAM...


soal jawapan la pulak...



Selamat bayar saman AES? Tak kottt. Sy x buta & masih nampak papan tanda had laju. kalau kena pun salah saya bawak laju sangat... :P

Selamat bayar PTPTN. Tentuuu sbb itu adalah hutang sy & wajib sy bayar balik utk lebih berkat :-) .. saya yang minta nak wat hutang tu..

Selamat bayar tol. Tentuuu sbb ianya memudahkan perjalanan sy. Kalau sy nak free & santai sy boleh ikut jalan kampung. Baru zuhud :-)
tak yah ler masuk tol kan..

Selamat menanggung kenaikkan harga petrol. Nak buat mcm mana, nak selesa kene la b...ayar lebih. Kalau x nk boleh naik basikal. Tp ade yg bising tapi kempen tetap bawak Ferrari :-) rs jugak subsidi

Selamat tanggung kenaikkan harga barang. Sy boleh belajar berjimat. Terima kasih dgn subsidi yg di beri & sy ade option KR1M :-)

Selamat melihat Rosmah mansor bershopping. Lantak dia laaa. Duit dia lagipun. Sy shopping anak beranak aje la. Nak senang online shopping aje. 

Tq Tun Dr. Mahathir dgn kemudahan jalur lebar hari ini. BN or PR sama2 guna kemudahan yg Tun sediakan :-) hakikatnya mereka x 100% menafikan nya.

copy paste jer lah....


Menteri Besar Kedah yang baru..


Tahniah Datuk  Muhkriz  Tun Dr Mahathir 
berjaya merampas kembali Kedah dari tangan Pas di pilihanraya yang ke 13 2013..
so kini Kedah bertukar pemenrintahan baru..

Inilah wajah menteri besar Kedah yang baru..
Tanggal 6-5-2013 menyaksikan Datuk Muhkriz telah mengankat sumpah menjadi Menteri Besar Kedah..


sungguh gumbira tidak terkata apabila BN dapat menguasai Kedah kembali..
dengan harapan kemenangan BN pru 13 ini dapat membawa Perubahan kepada rakyat Kedah, kemakmuran dan kemajuan serta menunaikan janji demi masa depan rakyat.. 







Sunday, May 5, 2013

PRU 13

tanggal 5 -5-2013- ahad
Pilihanraya Malaysia yang ke 13
menyaksikan BN bersaing dengan Pakatan Rakyat...

Terbukti BN adalah pilihan rakyat Malaysia..
Tahniah Dato Sri Najib di beri mandat mengetuai Parlimen Malaysia bagi  penggal 2013..


Ku pilih keamanan, kemakmuran, dan kesejahteraan demi masa depan dunia dan akhirat...

Islam tetap di hati..bukan pada parti..
begitu juga dengan rezeki.. Rezeki Rahsia ALLAH..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink