1.
Kesilapan pertama: Kurang berdoa
♥ Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul
(penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa
memohon zuria...t yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar
anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
♥ Kurang
berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah
Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah
Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2.
Kesilapan kedua:
Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib
(didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan
dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan
kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga:
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian
anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa
mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat:
Menegur anak
secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada
anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain
atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima:
Memberi didikan yang tidak
seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6.
Kesilapan keenam:
Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan
Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan
oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau
Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di
rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak,
tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat
kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan
dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan
ketujuh:
Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak
menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila
berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan
anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan:
Susunan rumahtangga yang tidak
kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar
menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan:
Kurang
menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah
bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam
dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh:
Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam
Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11.
Kesilapan kesebelas:
Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan
aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan
keduabelas:
Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa
tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan
ketigabelas:
Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah
kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini
akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas:
Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang
ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah
penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang
kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak
menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15.
Kesilapan kelimabelas:
Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik
anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan
anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha
memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.