Wednesday, January 30, 2013

Wisya dah 6 tahun..


Tengok gaya si anak dara ni...
rasa macam tak percaya lak..anak ibu dah 6 tahun..
Tingat gelagat ragam dia masa kecik-kecik dulu..sweet sangat dengan botak diaa..


bila tengok dia kat seat belakang dlm persona, cakap kat mr hubby looo anak kita dah besaq dah..pandai sangat berpossing laaa...dah pandai bergaya..otak dan mulut bercakap macam orang dewasa.. dah 7 tahun kita kawen rupanyaa.. 
Hadiah terindah buat ibu dan babah..Harta dunia dan akhirat yang bernilai tak dapat disamakan dengan nilai-nilai dengan harta duniaa..


Semoga dirimu sentiasa dipayungi keredhaan ALLAH s.w.t .. dipagari penuh keselamatan..dikurniakan kesihatan yang baik...
Semoga dirimu membesar menjadi wanita yang berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.. 
Ibu, babah sayang sangat-sangat dekat kakak...
Semoga kebahagiaan keluarga milik kita selama-nyaaaa..

Amin

(^,^) 

Ku dakap erat cintamu


Best jugak citer ni.. boleh laaa layan masuk kena ngan jiwaaa daku...

Tuesday, January 29, 2013

Kontrak janji setia antara kita


“Kinah mintak maaf, abang. Kinah tak tahu apa yang abang suka makan,” ucap Sakinah. Jelingan tajam berserta ketapan sepasang bibir nipis itu menunjukkan suaminya sedang menahan marah. Sakinah tunduk. Air liur dikerongkong ditelan pahit. Perasaan gerun dan takut itu hadir semula.

“Kau apa pun tak tahu. Yang kau tahu minta maaf dua puluh empat jam,” kasar Rafiq berbahasa. Akhbar yang baru dibacanya dilipat kasar lalu dicampak ke lantai. Sakinah tergamam. Surat khabar itu jatuh tepat ke kakinya. Tengkingan suaminya bergema lagi hari ini. Sakinah sebak.

“Ma... maafkan... Kinah.” Tersekat-sekat butir bicara Sakinah. Begitulah dia setiap kali berhadapan dengan Rafiq. Tergagap-gagap seperti pesalah walaupun kadangkala kesalahan itu bukan dating daripada pihaknya. Namun, terpaksa juga dia yang tunduk memohon maaf.

“Entah apalah yang umi aku berkenan sangat pada kau? Semuanya serba tak kena. Bertambah menyusahkan aku adalah!” Rafiq menempelak. Dijeling pada Sakinah yang berdiri di sisinya. Gadis itu masih diam terpaku seperti harihari sebelumnya.

“Orang kampung memang macam nikan? Suka berpaut pada orang kaya untuk hidup senang. Pantang nampak yang berduit lekas sangat pasang jerat. Entah ubat guna-guna apalah yang umi terkena sampai paksa aku kahwin dengan kau?” Sengaja Rafiq menambah kata. Kata-kata yang hanya akan menyakiti hati Sakinah.

Mereka terjebak bersama. Amar Rafiq dan Sakinah terperangkap dalam ikatan perkahwinan demi memenuhi kepentingan masing-masing. Kalau bukan kerana Shafiq, mustahil bagi Rafiq menerima wanita dalam hidupnya kembali. Kepedihan semalam banyak mengajarnya agar lebih berwaspada. Kecurangan si bekas isteri telah merubah Rafiq menjadi seorang yang cengil dan bengis pada wanita yang menjadi isterinya. Demi menjaga kepentingannya dan Shafiq, Rafiq akhirnya mewujudkan sebuah kontrak bagi mengikat.

‘kaki’ Sakinah.

“Ambil ni.”

“Apa ni? ”

“Baca dan kemudian kau perlu tandatangan surat perjanjian itu.”

“Surat perjanjian? Tapi untuk apa?”

“Untuk jaminan masa depan. Bacalah tapi kalau kau tak nak baca pun tak apa. Aku cuma perlukan tandatangan kau.”

Sampai satu ketika tanpa dia menduga, akhirnya kesabaran sang isteri mula menipis yang membuatkan Rafiq tercengang.

“Selama ini, Kinah telan semua kata-kata abang biarpun hati Kinah pedih mendengar setiap maki hamun abang. Kinah cuba memahami situasi abang yang masih dibelenggu dengan kecurangan Suraya.

“Tapi pernah ke abang cuba memahami hati dan perasaan Kinah? Tak pernah, kan? Yang abang tahu, hanyalah melemparkan kata-kata amarah dan tak puas hati abang. Pada abang semua perempuan sama seperti Suraya termasuklah Kinah.

“Selama enam bulan perkahwinan kita, pernah tak Kinah curangi abang? Pernah tak Kinah ambil kesempatan? Kinah sedar Kinah cuma anak kampung yang hidup menumpang. Kinah tak ubah seperti pengasuh Shafiq dan orang gaji dalam rumah ni. Dan Kinah tahu dalam hati abang sekali pun tak pernah sudi menerima Kinah sebagai isteri. Mungkin itulah perkara yang selayaknya berlaku dalam hidup Kinah.”

Saat bunga-bunga cinta mewangi, Rafiq diuji lagi. Kepercayaan yang dibina mulai goyah. Kehadiran Zulfi Hakimi dan Tengku Rizal memburu curiga Rafiq. Sakinah terhimpit. Bersalahkah dia? Atau prasangka seorang suami yang menjadikan kebahagiaan mereka sukar untuk digapai?

Bagaimana pula dengan Maria yang memendam rasa cinta terhadap sang suami? Dan mampukah Sakinah bertahan apabila Suraya kembali menagih cinta Rafiqnya?

Deco teratak


Syukur alhamdulillah murah rezeki januari 2013..
mengisi ruang teratak yang adaa..
beli sofa dan akurium yang di idamkan..sudah lama teringin nak ada akurium dalam rumah.. akhirnyaa en suami realisasikan..so malam tadi punya keciwi tido atas sofa baru baca novel dan ngadap akurium.. 
daku sangat sukaa ikan.biru..air..laut..dan rasa sangat menenangkan..
anak-anak pun sukaaa sangatlaa rumah depa tak mcm padang jarak tekukuq sangat laaa.. 
ruang santai 3 ada site for khemah gitu.. punya tak tau nak isi gapoo diaa.. 

I-city again

to Farah...congrate


Syukur alhamdulillah..sujud syukur pada mu Ya Allah..
Tahniah buat Farah Shamsudin dan suami...
Akhirnyaa.. 
Penantian selama 4 tahun dan 9 bulan yang amat bermakna buat kalian berdua..
Akak happy sangat-sangat bila tengok hasil double line test kat fb.. 
Akak doakan..semoga ibu dan baby inside sihat..dipermudahkan dan selamat dilahir serta cium bau baby yang sedaappp tu...
Anak..Anugerah terhebat buat seorang wanita..pelengkap hidup dalam berumahtangga...
tak sabaq la pulak nak ciumm bau baby dari syurga ni kan...

Monday, January 28, 2013

Putrajaya again


yehaaa muka-muka g kutip cek kat bahagian pinjaman perumahan malaysia di Putrajaya again....
Bpp terlepas due ngan bank tak pasal owner kena g kutip cek sendiri...
nasib baik laaa cuti awal tahun berbalance lagi 18 hari... bersambung public holiday carry forward ke isnin...
tunggu apalagi kan...raya hinuuuuu lerrr...


I-city

Cuti-cuti g key ell atas urusan kutip cek Teratak D'One..
alang-alang g sana..so why not masukkan sekali agenda awal tahun...bercutiii
destinasi pilihan di I-City peace yo....


Wednesday, January 23, 2013

cuti 5 ari

Yess cutiiiii
ari khamis..jumaat..sabtu..ahad..isnin...
cukup buat diri ini bersemangat...
dok rumah pun ok jer...

Friday, January 18, 2013

Berkat Sejiwa siri 2

19-20 hb Januari 2013- sabtu dan ahad
yohoooo tak derr cutiii la kawe weiiii
attend Berkat Sejiwa siri 2
team PKMD SPU pulak noh...kat Pusat Latihan Zakat, Jalan Pantai Acheh, Balik Pulau, Pulau Pinang.
semua pakat dok merisik kabooo aktvt jer ni..hmm Program dari Unit Kaunseling dan Psikologi JKMNPP memang fun n tak der stress punyalah..
apa yang merisaukan adalah adakah team ini akan bekerjasama, ada semangat berpasukan jer kan kan.. sooo esok adalah jawapan pada semua persoalan..


kelakoooo dok tengok video team pkmd spt yang lopasss..so esok kita tunggu tengok pulak team spu akan beraksi..





Thursday, January 17, 2013

kejapnya 2013

Kejapnya masa berlalu..ari ni dah 17hb januari laaa..
begitu pantas.. hmm dok busy selesaikan kes-kes bpr yang ada...sementara menanti klien datang interview ari ni aaar.. surat panggilan semua 8 orang.. kes rujukan dari yb dan hospital sahajaaa.. 8 laporan yang harus selesai sebelum masuk bulan feb ni..
tahun ni harusssss molekkan skt yang tercalar..yang jatuh..
19-20 hb kena attend berkat sejiwa lagi.. ari tu pergi dah tapi masa tu ngan team pkmd SPT.. 
seronok tapi pk kan anak-anak moo letak kat sapa ekk? hubby keja malam soo budak-budak berdua harus tido di taska laaa nanti..


Wednesday, January 16, 2013

Nama baby top masa kini


Top 25 boys' names Top 25 girls' names
semua ni review yang top top jer.. 

 1. Mohamed   1. Nor
 2. Ahmad     2. Zara 
 3. Adam      3. Sophia 
 4. Rayyan    4. Aishah
 5. Daniel    5. Alicia
 6. Danish    6. Alya
 7. Haziq     7. Hannah 
 8. Iman      8. Iman 
 9. Zikri     9. Damia
10. Irfan    10. Arissa 
11. Ashraff  11. Safiya 
12. Ariff    12. Humaira 
13. Amsyar   13. Keisha 
14. Zarif    14. Irdina 
15. Aqil     15. Iris 
16. Mikhail  16. Amani
17. Umar     17. Dhia 
18. Aaron    18. Marissa 
19. Jayden   19. Adelia 
20. Aish     20. Husna 
21. Haikal   21. Nurul
22. Harris   22. Sara
23. Naufal   23. Qaisara 
24. Aiman    24. Qalisha
25. Aryan    25. Aqeelah

Sunday, January 13, 2013

Takzkirah isnin...



Tak perlu mendominasi...merebut segalanya yang dikatakan hak mutlak kita, sedangkan kesemuanya milik ALLAH...
Anak2, suami, keluarga, kerjaya...adalah sebahagian bayang-bayang dalam kehidupan...

Berbahagialah seadaanya, jangan TERLALU...dalam semua perkara...jangan terlalu menyintai, membenci, mencari... sedangkan cukuplah....bersyukurlah...dengan adanya...

Sedangkan jika dihalusi, kesemua yang kita miliki pada hari ini adalah landasan kita untuk ke akhirat..

Umpamanya sebuah keluarga, anak-anak, kasih sayang... akan pergi meninggalkan kita atau kita yang akan meninggalkan mereka pada suatu ketika kelak...
Beribadatlah kepada Allah, berbaiklah sesama manusia...
Jangan gusar, kecewa, jangan mencari redha manusia... jangan berharap terlebih dengan manusia...
Sebaliknya gantungkanlah sepenuhnya pengharapan pada Yang Maha Pencipta, Yakni ALLAH SWT...

Monday, January 7, 2013

Rumah mampu milik


terjumpa pic atas ni masa dok kodek-kodek delete dalam pendrive lama...duit dah pokai maa nak beli pendrive baru pun tak dapat nii..
tingat balik pic ini diambik masa Unit Kaunselor wat program SePeTen ( SEMANGAT PENCETUS TENAGA BARU )  pada 20/1/2012- Program permulaan tahun baru...Fasi Puan Pj..
Kaitan ngan pic ni adalah..kami diberi kertas, marker,color dan benang bagi mengantungkan impian yang perlu direalisasikan untuk tahun 2012..Impian ku lakarkan ialah "rumah mampu milik"..
Syukur Ya Allah..atas nikmat rezeki mu.. Impian telah terlaksana dalam tahun 2012 ...

so that means kita harus ada target yang perlu dicapai supaya kita tidak tersasar dan tahun ini lebih baik dan bermakna gitu...

Tahun ni belom ada target lagi..just nak kumpul duit x moo hutang banyak-banyak lagi dah..nak save sebanyak yang boleh sebab tahun ni gaji dah start potong for rumah mampu milikku..


gantung dengan penuh harapan okays...

impian warga spt...


Wednesday, January 2, 2013

Happy birthday Kak Sal

Happy birthday kak Sal
01-01-2013 
kiter orang celebrate belated laaa kat Kenny Rogers Jusco Perda
Terima kasih kak Sal belanja kami makan ayam..sedap wooo
Harap suka kek coklat dan kad yer sis..

Dd doakan kak berjaya di dunia dan akhirat yer kak





azam baru??

Tiap kali masuk tahun baru...
sure ada isu pasal Azam baru gituuu...kan??
Memang kena ada azam baru ekk tiap kali masuk tahun baru???

jawapan ku... HAAAAAARUSSS ada ler kan..sebagai garis panduan untuk kita siap-siapkan diri kita mencapai dateline itu...
contohnya daku..tahun lepas (2012 punya celitaa..nak ada rumah sendiri..rumah sendiri)..
syukur rumah sendiri , mencapai dateline sebelum mencecah masuk tahun 2013..
Tahun ni punya dateline??? 

1. rasa-rasa macam nak tambah anak jer..yelah dah mula rasa kepingin nak da baby laa..Dhia dah nak masuk 2 tahun 3/3 ni.. so rasa sesuaii dak ekk kalau Dhia nak beradik lagi??

2. kalau tak ready or tak der rezeki nak berbaby kecik soo nak kuruss laaa...

3. nak jimat cermat..sebab gaji n duit tahun ni dah reduce p ke rumah okay.. harusss kena ingat gitu...tetiap tahun azam ni jer tapi gitulah duit tak berkepok kepok pun...tetapi rezeki ALLAH tetap ada buat kami sekeluarga..masih sentiasa cukup walaupun ada tikanya kering.. 

4. dalam kerjaya lak..nak settel kes cepat-cepat laa bab kes bantuan ni..kesian kat orang laaa..sebab depa minta bantuan that means depa susah kan..

5. kena SABAR banyak-banyak sikit dalam melayani kerenah anak-anak yang sedang membesar laaa...









Tuesday, January 1, 2013

review 2012

Syukur Alhamdulillah 2013 telah berlalu dengan pantas dan tuntas gitu meningalkan kenangan 2012 

  • 296 Entry (N3) Memori dalam rasa suka duka yang sentiasa terukir dalam lipatan sejarah Didielife..citer daku sebagai wanita..isteri dan ibu..
lama punya sebelum ada yang baru...
  • Bersyukur di anugerahkan suami yang penyabar melayani kerenah ku yang gila..kurang sabar dan macam-macam la peel yang daku ada..walaupun dia tak seperti yang daku idamkan ( tak romantik langsung gara-gara terikut dengan watak dalam novel ler nii)  tapi dia yang TERBAIK DAN TERHEBAT buat daku..

  • Bersyukur di anugerahkan Anak-anak gadis yang cantik, cerdik, comey dan sihat..mereka lah segala-galanya buat daku..
  • Bersyukur di anugerahkan Kerjaya sebagai Penjawat Awam dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di Pulau Pinang ni..kerja berhadapan dengan realiti masalah duniawi sekarang..masalah yang benar-benar di hadapi oleh segelintir manusia yang malang dalam kehidupan mereka..Yeah daku insan terpilih untuk membantu mereka.. 
  • impian dan kenyataan nak ada dan duduk di rumah milik sendiri dah tercapai..dah tak der istilah menyewa lagi dah..perasaan rendah diri pada family dan rakan sekerja sama sekali hilang.. kalau tidak dok rasa segan laa umur dah 30, anak dah 3 kan..Syukur Ya ALLAH dah permudahkan jalan memiliki ciri-ciri rumah idaman..memiliki sebuah rumah Semi D yang hall yang besaq..

  • Team inovasi AI3P PKMD SPT ada jugak no 3 dalam Anugerah Inovasi JKMM..
  • Tahun 2012- penghujung tahun telah mehijrahkan daku ke Pejabat baru ke PKMD SPU..suasana baru dan rakan-rakan sekerja yang baru..setelah  4 tahun lebih berkhidmat di PKMD SPT..
  • Dalam kerjaya daku?? hmm rasa sedikit keciwa jugaklaaa.. biarlah rahsia isi keciwa tu boleh??
  • Berkesempatan pergi bercutii ke K.L > Melaka..walaupun bajet untuk bercutii memang tak der plan pun..sebab duit banyak abis kat rumah.. so far anak-anak enjoy cukupla buat ibu..
  • hingga ke titik akhir tahun 2012 kami sekerluarga berjalan jalan ke Pesta Pulau Pinang dan menikmati tembakan bunga api tahun baru 2013 di tepi laut di Penang..

Sesungguhnya daku bersyukur dengan apa yang di anugerahkan pada ku..semoga tahun baru yang mendatang akan lebih baik terbaik dari tahun ini..

Amin..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink