Thursday, March 29, 2012
kasih antara kita
yeah dah sampai...
getaq kapla weii nak mengkhatam buku ni...
semalam bank in ari ni sampai...
gara-gara citer kat tv 3 jam 7.00 malam la ni.."Cinta untuk Emelda"
try google sinopsis dan jalan citer macam best ja..sedih dan terlalu banyak pengerbanan..
Didie Nak.. Mesti kena Dapat punya kan..
trend anak tunggol mcm ni ler..
sekarang si kakak dah betoi2 mewarisi ibu..
Jangan marah sebab tidak kemana la kuah kalau tidak ke nasi...ngeee..
Layan Kasih Antara Kita selepas M.A.I.D..
Labels:
novel
Lord of the ring...
Lord of the ring??
n3 ni ada kaitan apa ekk?? hmm tajuk filem aaa salah satu filem epik yang paling daku n en hubby suka layan.. tgk dah berjuta-juta kali dah..asal astro kena potong ja citer ni la jadi mangsa layan sampai ke pagi tengok tak boring punya lah...
Sebetoi-betoi n3 adalah...
Sebetoi-betoi n3 adalah...
he he mood anniversary aaa..so key word n3 ini adalah R.I.N.G or C.I.N.C.I.N ler..
bukan apa syiok tengok Awal lamar Scha Al-Yahya pegang cincin then mood itu terbawa-bawa masuk blog
dah lama tak update laju-laju kan..
April coming soon.. bulan anniversary daku n en hubby..
Cincin bagiku adalah lambang penyatuan cinta dan hati kami berdua..
sampai sekarang daku hanya ada 2 jer cincin di jari manis ku.. tak dak hati pun nak tambah n tukar cincin lain
mood nak citer pasal cincin la pulak...sempena anniversary ni..
V
V
ini cincin tunangku, tarikh lahir lekat kat jari manis kiri pada 18 jun 2005 sempena hari ulangtahun daku yang ke 23 tahun dipilih untuk bertunang dengan en hubby ..usia dia dah 7 tahun di jari manis tangan kiri ku...boleh pakai lagi sehingga kini.. hmm ini bermakna daku maintain ker cincin yang huss( bahasa utara ).. cincin ni 7 tahun yang lalu sedara semua ngata "alah wan bagi cincin perak jer kat hang??" padahal diaorang tak tau cincin ni emas putih mahal loh.. trend terkini konon 7 tahun yang lalu..daku pilih sendiri.. batu ada 3 tapi dah buta 1..hmm almaklumlah usia 7 tahun dah kan..sayang giler daku pada cincin ni..
Bagi sesetengah suami ni cincin ni biasa-biasa jer kan tapi bagi en hubby dia jaga sungguh cincin 2 ni.. sure dia akan tanya cincin sayang g mana.. kalau tertinggal kat kampung sanggup berpatah balik semata-mata nak ambik cincin 2 ni jer.. besar pengertian cincin 2 ni pada kami..
"Semoga cinta dan hati kami sentiasa utuh bagaikan cincin dan permatanya..."
Labels:
anniversary
Wednesday, March 28, 2012
wajah kesayangan hamba
Ini Wajah kesayangan hamba...
tak sempat nak edit lagi pic ni.. baru pas scan sebab takut ilang.. ni pun sebab kes tukar wallet baru kan..terjumpo dan "terkenang di masa dulu..hatiku merasa rindu.". wahh ternyanyi la pulak.. ngeee...
motip?? dah hampir dekat ngan anniversary yang ke 6 ler.. Gambar ni diberi masa mula-mula jatuh cinta kat wajah ni..konon wat lepas rinduu lerr.. tido tak lena..makan berselera punyaa.
hmm dah berusia 7 tahun sudah dalam wallet daku..
so nak rakam sikit kronologi pic ni..
Bulan Feb 2005.. berkenalan dengan wajah ni, so saling kenal mengenali dan bercinta n sama-sama tukaq gambar muda-mudi letak dalam wallet masing-masing...
gambar daku ada lagi dalam wallet dia walau pun dah baper kali bertukoo wallet..tengok dah koyak gara-gara anak wajah ni ler..
Apa yang Daku harapkan.. semoga kasih sayang kiter berdua semakin bertambah mekar dan harum sepanjang hayat seperti bertambah besarnya ahli keluarga kita kan...
April comingg soon that means hampir anniversary yang ke 6...
Labels:
hubby
Tuesday, March 27, 2012
KENAPA KITA DI LARANG MENGELUH??
- Kita mengeluh : "tak mungkin"
Allah menjawab : "jika Allah mengkehendaki sesuatu, cukup dgn berkata jadi,maka jadilah ia --->(surah Yasin:82)
... kita mengeluh : "saya terlalu penat dan lelah"
Allah menjawab : "Aku ciptakan tidurmu untuk istirahatmu"--->(Surah An-naba:9)
Kita mengeluh : "saya tak mampu menanggung dugaan ini"
Allah menjawab : "Allah tidak mmbebankan sesuatu pd seseorang melainkan sesuai dgn kemampuannya"--->(surah Al-baqarah:286)
Kita mengeluh : "saya sangat stress"
Allah menjawab : "hanya dgn mngingati Allah, maka hati akan menjadi tenang"-->(Surah Ar-Ra'du:28)
Kita mengeluh : "tak ada guna nya"
Allah menjawab : "maka barang siapa mengerjakan amal kebaikan walaupun seberat zarah, nescaya ia akan melihat kebaikannya"-->(Surah Al-zazalah:7)
Labels:
aku
Friday, March 16, 2012
hfmd lagi..
ibu update pasal hfmd lagii.. Hmm wat rekod t Dhia nak baca kan.. Pic ni time Dhia mula2 dpt detect Hfmd..
ari ni ari ketiga dah.. Nampak biji2 semkn mengecut dan kering.. Mudah2an cepatla baik yer sayang ibu..
Pic yg 1 gi abiss mulut dhia nek biji2.. Comotnyaa dhia.. Selepas compile hasil carian pak google baru ibu perasan simpton2 Dhia selesema idung berhinguss lama. Rupa2 nya ada sakit len nak kuaq la.. Dlm sakit ni adik tak mau isap botol.. Susu ibu menjadi pilihan hati.. Maknanya susu ibu lah yg paling sedap kan sayang..selagi ada rezeki mu anak..
ibu doakan semoga cepat baik yer sayang..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Miss Note..
Dolu dan tak baper lama sangat laa
sangat suka tengok iklan ni.. he he pas tu pasang target mesti dapat punya...
Phone atau Tablet...
ia nya Galaxy Note..
sekarang dah ada best friend baru.. nama dia Miss Note he he..
Syukur Alhamdullillah..
Ada pak we baru .. Mr Toshiba..
teman lama.. Mr Stremix
tidak lupaa punya pada...
Kasih sayang ku pada Redwan selamanyaa
limpahan kasih ibu pada Nur Darwisyah dan Dhia Nur Adawiyah tidak berbelah bahagiii...
Rindu dan ingatan tetap teguh pada Arwah Mohamad Raqib yang jauh di mata tetapi dekat di hati ibu..
Al-Fatihah buat mu yang sedang berbahagia disana...
Labels:
note
HFMD?? Sakit apa tu??
Apa yang menyebabkan HFMD?
HFMD
berpunca daripada jangkitan virus. Kajian menunjukkan lebih 70 jenis virus
bolehmenyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut, tetapi jenis paling biasa
ialah virus coxsackie A16(CxA16) dan enterovirus 71 (EV71). Kes dilaporkan di
Sarawak disebabkan virus Cx A16.HFMD juga boleh disebabkan enterovirus lain,
tetapi ia jarang berlaku. Kumpulan enterovirus initermasuk virus polio,
coxsackie, echovirus dan enterovirus lain.HFMD pada manusia tidak samadengan
HFMD pada lembu atau kambing kerana ia disebabkan jangkitan virus berbeza. Jadi
tidakperlu takut untuk minum susu segar atau makan daging. Dr Syed Nazir, berkata jangkitan HFMD biasanya
lemah dan tidak berbahaya. Ia biasanya menyerangkanak-kanak di bawah 10 tahun,
tetapi boleh berlaku pada orang dewasa.
a)Adakah jangkitan ini serius?
Jangkitan disebabkan coxsackie A16 biasanya lemah
dan hampir semua pesakit boleh sembuh tanparawatan dalam masa tujuh hingga 10
hari. Bagaimanapun, jangkitan enterovirus 71 lebih berbahaya,boleh menyebabkan
meningitis, enchephalitis dan kadangkala membawa maut jika tidak
diberikanrawatan segera.
b) Siapa yang berisiko dijangkiti?
Sebenarnya semua orang berisiko mendapat HFMD.
Bagaimanapun, lazimnya berlaku pada kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi orang
dewasa juga boleh mendapat HFMD.Namun, jika ia berlakupada orang dewasa,
kesannya sangat lemah kerana orang dewasa mempunyai antibodi daripadapendedahan
pada masa lalu terhadap virus ini.Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan
harian mempunyai risiko lebih tinggi. Ini sebabnyakerajaan mengarahkan supaya
tadika dan sekolah ditutup bagi memutuskan rantaian jangkitan virus. Jangkitan membolehkan badan seseorang membina
antibodi terhadap virus berkenaan, tetapi orangyang pernah mendapat penyakit
ini boleh mendapat HFMD kali kedua jika ia disebabkan jangkitanvirus lain.
c) Apakah gejala HFMD?
Sebaik dijangkiti, virus mengambil masa tiga hingga enam hari untuk
membiak dalam badan dan inidipanggil tempoh inkubasi. Selepas tempoh ini
pesakit akan mula mengalami gejala penyakit seperti;
- Demam (38°C) selama dua atau tiga hari
- Sakit mulut
- Berhingus
- Ulser dalam mulut (pada lelangit lembut, bibir bahagian dalam atau lidah)
- Sakit tekak
- Hilang selera makan
- Keletihan
- Ruam dan melepuh pada tapak tangan, tapak kaki dan punggung tetapi ia tidak gatal atau menyebabkan rasa sakit
- Sakit perut
d) Bagaimana virus merebak?
Walaupun tidak berbahaya, HFMD mudah berjangkit,
terutama pada kanak-kanak. Ia merebakmelalui sentuhan langsung kepada najis,
air liur, hingus dan cecair daripada kulit melepuh orang yangdijangkiti.
Jangkitan juga boleh berlaku melalui udara apabila orang dijangkiti bersin.
Virus bolehhinggap di atas permainan, buku, pensil atau peralatan yang dipegang
orang yang dijangkiti.Virus ini juga boleh hidup lebih lama di luar badan
manusia berbanding virus lain, oleh itu jika aspekkebersihan diabaikan
ia akan merebak dengan cepat kepada orang lain. Jangkitan mudah berlakudalam minggu pertama seseorang itu dijangkiti.
Najis bekas pesakit masih mengandungi virus,walaupun ia sudah sembuh dan
perkara ini boleh berlarutan sehingga lima minggu. Justeru, Dr Syed Nazir menegaskan supaya setiap
orang, terutama ibu bapa dan petugas pusat jagaankanak-kanak, sentiasa
menitikberatkan soal kebersihan. Tangan perlu dicuci dengan bersih setiap
kaliselepas menukar lampin, keluar dari tandas, mengelap hingus, air liur atau
cecair dari kulit melepuhkanak-kanak yang dijangkiti. Jangkitan juga boleh
berlaku pada anak dalam kandungan jika si ibudijangkiti sebelum bersalin. Bayi
boleh mengalami masalah jantung, meningitis (keradangan selaputotak) atau mati
jika dijangkiti ketika dilahirkan.
e)Adakah
rawatan khas untuk HFMD?
Menurut Dr Syed Nazir, tiada rawatan khas bagi
penyakit ini. Kebanyakan pesakit boleh sembuh dalam masa tujuh hingga 10 hari
tanpa mengambil ubat. Ubat diberikan hanya untuk meredakan ketidakselesaan yang
dialami pesakit seperti ubat demam, ulser atau lepuh .
f) Bolehkah ia dicegah?
Kaedah pencegahan paling berkesan ialah melalui
pemberian vaksin, tetapi sehingga kini tiada vaksinuntuk HFMD kerana ia
membabitkan jenis virus yang banyak. Bagaimanapun, cara pencegahan palingmudah
ialah menjaga kebersihan. Pada musim cetusan penyakit seperti sekarang ini,
elakkanmembawa anak ke tempat sibuk dan sesak seperti pusat beli-belah dan
kolam renang awam.Tutup mulut ketika batuk atau bersin. Basuh tangan dengan
sabun setiap kali selepas ke tandas.Jangan lupa untuk kerap membersihkan
peralatan yang digunakan kanak-kanak. Malah, pengusahatadika yang diarahkan
tutup kerana penyakit ini juga perlu membersihkan semua peralatan dalampremis
mereka sebelum ia dibuka semula. Langkah ini penting untuk mengelakkan
jangkitan berulangkerana virus Cx A16 boleh hidup lama di luar badan manusia,
katanya.
**************************************************************************************
ciri-ciri ni semua ada pada my Dhia Nur Adawiyah....
semoga cepat semboh yer...
ngeri tengok pic hasil carian mr google ni...
semoga cepat semboh yer...
ngeri tengok pic hasil carian mr google ni...
Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.
Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
- Demam
- Sakit Tekak
- Ulser pada tekak, mulut dan lidah
- Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
Komplikasi
· Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung
Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.
Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.
Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.
Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
- Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
- Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
- Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
- Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
- Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
- Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
Labels:
hfmd
hfmd#3
Ari ke 2 setelah my Dhia Nur Adawiyah di sahkan HFMD. . Kesian tgk kaki kecik nek biji2 merah ni.. Nangis kiyau adess adess ja ari ni.. Kalau la boleh ibu take over dah hu hu.. Ari ni tak sempat nak kebet sgt Miss note n Mr toshiba.. Dhia merap tak mau jln sakit kaki angkara bji hfmd ler..
Ya Allah ku bermohon padamu semoga Dhia kuat dan cepat semboh. . Ari ni ari ke 2 ibu emergency leave yelah nak tinggal kat sapa leh jg Dhia ni.. Sayang Dhia cepat baik- baik yer..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Thursday, March 15, 2012
hfmd #2
Mlm ni biji2 merah mula say hello kat ibu ler.. Adoyaii sob sob yer ibu.. Dhia pun tak mau dok merap nangis2 aaa kiyau. Paling ibu tak tahan time bg mkn ubat.. Gaya mcm kena dera mcm nak mati ler dibuatnya Dhia.. Sengaja masukkan tgn jolok bg muntah n bueeeek abis baju dan ubat kuaq...
Published with Blogger-droid v2.0.4
Hfmd
Ari ni 15 mac 2012 My Dhia Nur Adawiyah disahkan HFMD ler.. Aduhaii anak ibu.. Dah siap2 sampai di taska cikgu dia bgtau ada biji2 kat kaki ler.. Mcm ner lah ibu tak perasan ni.. sib bek la cikgu dia cekap lagi dari ibu ni..
Terus call opis bgtau may be EL ler sebab nak confirmkan Dhia di Klinik Kesihatan Taman Selasih dulu...
Kesiaanya dhia.. Reyau sakit kan.. Huk huk..ibu pun terpaksa bercuti kecemasan la jaga anak ibu ni..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Tuesday, March 13, 2012
:(
- Berusaha untuk memuaskan hati org lain adalah bagus...But percaya bahawa kita dapat memuaskan hati semua org adalahGila!!..
Monday, March 12, 2012
Thursday, March 8, 2012
Wednesday, March 7, 2012
selamat hari wanita
8 mac 2012-khamis
Hari wanitaa..
Selamat hari wanita pada semua wanita..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Labels:
note
03-03-2012
update belated entry..
03-03-2012
genap Dhia Nur Adawiyah 1 tahun..
Selamat ulangtahun anak ibu sayang...
Doa dan harapan ibu,babah semoga Dhia membesar sihat, dan berjaya di dunia dan akhirat.
semoga nanti boleh membela nasib ibu dan babah..ceewah ayat babah dhia ni..
apa yang ibu harapkan Dhia menjadi anak yang solehah berguna..
Ibu babah belikan hadiah gelang tangan kat Dhia..
wat tanda ibu sangat menghargaii adik, sayang adik..
tak dak kek kokak berger kat Mc D jer, tak larat mkn kek kami 3 beranak..
so ganti ngan set Mc D..
babah kata adik kecik lagi..potong kek pun tak tau apa nikmat..lain laa si kakak favorite aaa bab celebrate birthday ni..
03-03-2012
genap Dhia Nur Adawiyah 1 tahun..
Selamat ulangtahun anak ibu sayang...
Doa dan harapan ibu,babah semoga Dhia membesar sihat, dan berjaya di dunia dan akhirat.
semoga nanti boleh membela nasib ibu dan babah..ceewah ayat babah dhia ni..
apa yang ibu harapkan Dhia menjadi anak yang solehah berguna..
Ibu babah belikan hadiah gelang tangan kat Dhia..
wat tanda ibu sangat menghargaii adik, sayang adik..
tak dak kek kokak berger kat Mc D jer, tak larat mkn kek kami 3 beranak..
so ganti ngan set Mc D..
babah kata adik kecik lagi..potong kek pun tak tau apa nikmat..lain laa si kakak favorite aaa bab celebrate birthday ni..
Labels:
Dhia
Tuesday, March 6, 2012
Saturday, March 3, 2012
testing 1st entry dari my note
lintas langsung dari my note.. bestt leh update entry kat tgn jerr...
pic ni pulak hasil keciwi dok conteang-conteang..
memang best dan tidak merugikan even dah ada laptop baru..
pakai note macam pakai laptop kecik jugak ler..
Thursday, March 1, 2012
01 Mac 2012
01 Mac 2012-Khamis
ulangtahun daku kerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysiaa...
wahhh dah 5 tahun.. agak-agak dah kering ker dakwat yang dulu daku sign akur janji ekkk
he he ayat tuan pengarah pada sesapa yang baru sign..
"Jangan wat hal kalau tak kering dakwat lagi..."
so pada tarikh ini..beli hadiah untuk diri sendiri sebagai penghargaan telah bekerja selama 5 tahun..
Toshiba Sateliite icore 5... |
note..galaxy note |
yeeeeehaaaaaaaa idaman kelebu telah menjadi realiti....
Syukur ku panjatkan pada Illahi kerna memberi rezeki...
mendapat apa yang di hajati pada ari ulangtahun kerja ngan hasil duit kerjaaa...
semoga berkat berjasa...
mendapat apa yang di hajati pada ari ulangtahun kerja ngan hasil duit kerjaaa...
semoga berkat berjasa...