Hanya kalimah Syukor Alhamdullillah saja yang dapat menyatakan..Daku bahagia..
bahagia, sempurna dah keluarga ku..
pada usia 29 tahun daku dah bergelar isteri dan ibu anak tiga ..
selangkah lagi 1 tahun masuk alam 3 series..
"Usia hanya pada angka.. ha ha.. en somi suka daku dressing daring aa.tu yang dok gagah diet ler..nak bergaya seksi tapi tutup aurat gitu, tudung tak pernah dah buka sejak Aqib pergi...tu tekad daku..malu nanti nak jumpa Aqib..
Syukor Alhamdullillah..sentuh bab rezeki ni.. ALLAH tak pernah lupa pada daku dan keluargaku..
Mode: muhasabah diri dan mengungkit kembali..
ingat mula-mula kawen dulu kerja kilang kat BCM, Kulim Hi Tech...as QA..
start mengandung Wisya sebulan dapat kerja kontrak kat Jabatan Perpaduan Integrasi Nasional Negeri Selangor, mula-mula tu tak nak pergi sebab berjauhan ngan en somi.. tapi pk bukan senang nak dapat kerja gomen pergi jugak walau bertaraf kontrak jer...
Duduk Selangor ngan geng bujang 3 bulan.. dapat offer kerja bertaraf tetap di Jabatan Kebajikan Negeri Perlis..masa tu Wisya dalam perut dah masuk 6 bulan, dekat sikit ler nun di Perlis..
Wahhh rezeki anak, dapat tetap dalam sektor awam ni...
Kerja dekat setahun dapat balik ke JKM Pulau Pinang duduk Daerah Bukit Mertajam..
Rezeki lagi kan...
Mengandung Arwah Raqib, en somi dapat promote nek gaji.. daku dah confirm kerja gomen..dah tak risau..
Umur Raqib tak panjang, hanya 37 minggu jer bersamaku..
ALLAH bagi rezeki cara lain..
Saham di Akhirat..Allah ambik Aqib dan tolong jaga..sediakan tempat paling terbaek buat Raqib..taman syurga, dengan segala kenikmatan yang tak dak di dunia ni yang kami as ibu dapat sedia..Rezeki Aqib..Rezeki kami as ibu dan bapa mempunyai anak di syurga..
Allah tak lupa pada kedukaan kami..tidak sesekali kami diabaikan dari pandangan mu Ya ALLAH..
Rezeki lagi.. ALLAH bagi peganti baru selepas 5 bulan.. "Sinaran Cahaya Penawar" hadir dalam hidup kami..En somi pulak dapat promote nek pangkat dan nek gaji..memang toi rezeki anak..
Rezeki ALLAH bagi kat daku lak .. Pengalaman Daku mengandung mudah..tak dak alahan... bersalin mudah..tiada kesulitan..
Dikurniakan anak-anak yang sihat..comey.. suami yang baik, penyabar sangat ngan kerenah ku..
Kini Dhia Nur Adawiyah dah masuk 4 bulan ++.. Rezeki dapat pulak Anugerah Pekerja Cemerlang tahun 2010 dan RM 1000.00 akan dikreditkan ke akaun tapi tak tau bila masyuk...
Di raikan dalam majlis yang sangat-sangat tak tau nak ungkap.. di tempatkan di barisan VVIP yang memang cantekkk aa sudut nak view n possed kat Hotel 5 star tu.. Semua ni rezeki dari ALLAH..
Allah tak pernah lupa pada daku, keluargaku..
namun daku sering lupa pada-Nya..
"Ya ALLAH .. daku bersyukor dengan segala rezeki-Mu..
kuatkan iman ku..jadilah daku insan yang sentiasa bersyukor"
"jadilah daku insan yang kuat dalam menghadapi dugaan dan cobaan hidup dari -Mu "
"Permudahkanlah segala urusan hidupku, keluarga ku..
|
daku Ibu yang bahagia... |
Amin ya Rabba Amin....