Thursday, July 10, 2014

Daku dan OKU




BERSATU UNTUK KEBAJIKAN


Rakyat Malaysia Bersatu
Hidup Berjiwa Mulia
Tolong Menolong Bantu Membantu
Jadi Amalan Setiap Masa

Yang Susah Yang Derita
Memerlukan Bantuan
Sama Berbakti Semangat Murni
Itulah Amalan Yang Suci

Tak Siapa Yang Meminta
Dilahirkan Derita
Sedarlah Taulan Insaflah Rakan
Kita Insan Biasa

Bersatu Untuk Kebajikan
Demi Kebahagian Semua
Hidup Sejahtera Aman Dan Makmur
Itulah Harapan Kita


Lagu di atas ni adalah Lagu rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
meresap di dalam jiwa kami sebagai Pekerja Sosial di Jabatan ini..
setiap kali menyanyikan lagu ni terasa di lubuk hati..
betapa bertuahnya kami di sini..walaupun kami tak der duit nak bantu klien tapi kami bantu dengan menyalurkan wang bantuan dari Kerajaan Malaysia..
walaupun nilai nya "TIDAK SEBERAPA" bagi orang biasa tapi bagi mereka itu sedikit sebanyak dapat membantu...

Kes di atas mendapat perhatian seorang dermawan yang ingin menyalurkan sedekah.. 

Kes anak ini..Siti Hajar nama diberi..
mendapat tempat dihati kerana beliau se usia sumayyah..lahir pada hari dan tarikh yang sama..02/10/2013 cuma beza jam sahaja.. pertama kali dapat borang permohonan pendaftaran Kad OKU terus saja ku applykan skim Bantuan Penjagaan OKU Terlantar..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink