Friday, April 5, 2013

Rezeki bukan sekadar wang


Rezeki dalam Islam bukan hanya terhad kepada Wang dan harta semata-mata. Jangkauan rezeki yang disebut ALLAH s.w.t terlalu luas  meliputi seluruh anugerah...

Ingat 5 Perkara...
1. "masa muda sebelum tua"
2. Masa sihat sebelum sakit"
3. "Masa kaya sebelum miskin"
4. "Masa lapang sebelum sibuk"
5. "Masa hidup sebelum mati"...

Anak-anak..kesihatan mereka..kecerdikkan mereka salah satu rezeki..
Kesihatan badan.. salah satu rezeki jugak..
kebahagiaan hidup.. 
Ketenangan jiwa dan hati..rezeki jugak..
So pendek kata REZEKI itu Rahsia ALLAH, luas dan penuh keberkatan..

10 amalan dimurahkan Rezeki..
1. Beribadah..
2. banyakkan istigfar..
3. Menginsafi perbuatan dosa
4. Sentiasa Ingat Allah
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6. Berbuat baik dan menolong orang lemah
7. Tunaikan hajat orang lain
8. Banyakkan selawat
9. Buat kebajikan banyak-banyak
10. Berpagi-pagi.. sembahyang suboh dan mulakan aktiviti harian adalah amalan berkat..

Syukur Alhamdulillah.. Daku dipilih dan terpilih kerana bekerja di Jabatan Kebajikan..ari-ari wat laporan kebajikan..ari-ari jumpa orang susah..ari-ari membantu mereka yang memerlukan bantuan..rasa puas bila selesai siasatan...kes bantuan dah lulus n bila memaklumkan klien gembira dan menghargai.. kalau seliaan kes cso pulak rasa puas bila pelatih tamat jam kredit dan bila mereka tamat mereka masih mengingati dan menghargai usaha kami di jabatan ini.. 
Ari-ari kalau dok kaunter tu kena marah dengan klien dah jadi biasa dah sebab mereka tak faham apa yang kita fahamkan..so anggapla ujian dan dugaan jer dalam mencari rezeki dan keberkatan hidup..

Ya ALLAH, Semoga segala Amalan kebaikan ku sepanjang perkhidmatan  ini diberkati dan dimurahkan rezeki selalu, 
Amin.

0 ulasan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink