Thursday, February 21, 2013

Doakan yang terbaik..

Ya Allah.. Ya Rahman..Ya Rahim
berat betoi dugaan yang dihadapi oleh Sahabatku Norry..
anak-anak beliau kini dalam pemerhatian Doktor di Hospital Pulau Pinang
anak yang sulong Nur Farah Umaira kini sedang tenat di ICU  bertarung melepasi tahap kritikal kerana paru-paru telah dijangkiti kuman kini telah merebak ke Usus dan buah pinggang..
anak kedua Farzana ditahan kerana baru dijangkiti kuman..
nory ada bagitau anak-anak dia batuk selesema dan tak hilang, pas tu demam 6 hari berturut-turut tak baik..sehingga semalam dia bawak ke Klinik swasta tengok dah lain macam so doktor wat surat rujukan ke Hospital, bila x-ray keputusannya paru-paru dah dijangkiti kuman dan segera dibawa ambulan  ke ICU Hospital Pulau Pinang semalam.. Keadaan kelihatan amat kritikal kerana Farah belum sedar dari semalam lagi.. Bahagian tepi badan telah ditebuk bagi mengeluarkan air yang terkandung.. bahagian leher juga telah ditebuk..Kini Farah bergantung sepenuhnya pada mesin pernafasan sahaja..
Ya Allah..insan sekecil itu telah di uji..

Ku baru balik dari Hospital Penang, hanya yang termampu mendoakan dan hadir memberikan sokongan moral buat beliau agar kuat semangat..
Norryhasmela, insan yang di uji satu demi satu ujian yang beliau harungiii..

Doaku Nur Farah Umaira Bt Norryhasmela...
Semoga dikau kuat semangat untuk semboh yer..
Semoga Nur Farah Umaira dan Nur Farzana kembali sihat sediakala kerana mereka merupakan tonggak kejaayan buat ibu mereka.. 
Nory sahabat ku, ku doakan dikau tabah dalam apa jua yang mendatang..
Apa yang bakal terjadi ku bermohon supaya dirimu redha kerna dikau insan terpilih mengharungi ujian yang Maha Esa..

0 ulasan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink