Friday, March 16, 2012

HFMD?? Sakit apa tu??



 HFMD ?? Sakit apa tu Didie?? soalan yang selalu ditanyakan oleh member-member fb bila update.. Jawapan ibu..cer google tengok sebab daku sendiri pun tak baper nak sure ngan jawapan.. memandangkan my  Dhia dah terkena so ibu Wajib tahu apa itu HFMD yer..yang boleh dikongsikan ngan member bloggers..
Ini adalah hasil carian Mr Toshiba ngan kawan baiknya Pak Google ...

Apa yang menyebabkan HFMD?
HFMD berpunca daripada jangkitan virus. Kajian menunjukkan lebih 70 jenis virus bolehmenyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut, tetapi jenis paling biasa ialah virus coxsackie A16(CxA16) dan enterovirus 71 (EV71). Kes dilaporkan di Sarawak disebabkan virus Cx A16.HFMD juga boleh disebabkan enterovirus lain, tetapi ia jarang berlaku. Kumpulan enterovirus initermasuk virus polio, coxsackie, echovirus dan enterovirus lain.HFMD pada manusia tidak samadengan HFMD pada lembu atau kambing kerana ia disebabkan jangkitan virus berbeza. Jadi tidakperlu takut untuk minum susu segar atau makan daging. Dr Syed Nazir, berkata jangkitan HFMD biasanya lemah dan tidak berbahaya. Ia biasanya menyerangkanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi boleh berlaku pada orang dewasa. 

a)Adakah jangkitan ini serius?
 Jangkitan disebabkan coxsackie A16 biasanya lemah dan hampir semua pesakit boleh sembuh tanparawatan dalam masa tujuh hingga 10 hari. Bagaimanapun, jangkitan enterovirus 71 lebih berbahaya,boleh menyebabkan meningitis, enchephalitis dan kadangkala membawa maut jika tidak diberikanrawatan segera.

b) Siapa yang berisiko dijangkiti?

 Sebenarnya semua orang berisiko mendapat HFMD. Bagaimanapun, lazimnya berlaku pada kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi orang dewasa juga boleh mendapat HFMD.Namun, jika ia berlakupada orang dewasa, kesannya sangat lemah kerana orang dewasa mempunyai antibodi daripadapendedahan pada masa lalu terhadap virus ini.Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian mempunyai risiko lebih tinggi. Ini sebabnyakerajaan mengarahkan supaya tadika dan sekolah ditutup bagi memutuskan rantaian jangkitan virus. Jangkitan membolehkan badan seseorang membina antibodi terhadap virus berkenaan, tetapi orangyang pernah mendapat penyakit ini boleh mendapat HFMD kali kedua jika ia disebabkan jangkitanvirus lain.

c) Apakah gejala HFMD?

 Sebaik dijangkiti, virus mengambil masa tiga hingga enam hari untuk membiak dalam badan dan inidipanggil tempoh inkubasi. Selepas tempoh ini pesakit akan mula mengalami gejala penyakit seperti;
  • Demam (38°C) selama dua atau tiga hari
  •  Sakit mulut
  •  Berhingus
  •  Ulser dalam mulut (pada lelangit lembut, bibir bahagian dalam atau lidah)
  •  Sakit tekak
  •  Hilang selera makan
  • Keletihan
  •  Ruam dan melepuh pada tapak tangan, tapak kaki dan punggung tetapi ia tidak gatal atau menyebabkan rasa sakit
  •  Sakit perut



d) Bagaimana virus merebak?

 Walaupun tidak berbahaya, HFMD mudah berjangkit, terutama pada kanak-kanak. Ia merebakmelalui sentuhan langsung kepada najis, air liur, hingus dan cecair daripada kulit melepuh orang yangdijangkiti. Jangkitan juga boleh berlaku melalui udara apabila orang dijangkiti bersin. Virus bolehhinggap di atas permainan, buku, pensil atau peralatan yang dipegang orang yang dijangkiti.Virus ini juga boleh hidup lebih lama di luar badan manusia berbanding virus lain, oleh itu jika aspekkebersihan diabaikan ia akan merebak dengan cepat kepada orang lain. Jangkitan mudah berlakudalam minggu pertama seseorang itu dijangkiti. Najis bekas pesakit masih mengandungi virus,walaupun ia sudah sembuh dan perkara ini boleh berlarutan sehingga lima minggu. Justeru, Dr Syed Nazir menegaskan supaya setiap orang, terutama ibu bapa dan petugas pusat jagaankanak-kanak, sentiasa menitikberatkan soal kebersihan. Tangan perlu dicuci dengan bersih setiap kaliselepas menukar lampin, keluar dari tandas, mengelap hingus, air liur atau cecair dari kulit melepuhkanak-kanak yang dijangkiti. Jangkitan juga boleh berlaku pada anak dalam kandungan jika si ibudijangkiti sebelum bersalin. Bayi boleh mengalami masalah jantung, meningitis (keradangan selaputotak) atau mati jika dijangkiti ketika dilahirkan.

e)Adakah rawatan khas untuk HFMD?

 Menurut Dr Syed Nazir, tiada rawatan khas bagi penyakit ini. Kebanyakan pesakit boleh sembuh dalam masa tujuh hingga 10 hari tanpa mengambil ubat. Ubat diberikan hanya untuk meredakan ketidakselesaan yang dialami pesakit seperti ubat demam, ulser atau lepuh .

f) Bolehkah ia dicegah?

 Kaedah pencegahan paling berkesan ialah melalui pemberian vaksin, tetapi sehingga kini tiada vaksinuntuk HFMD kerana ia membabitkan jenis virus yang banyak. Bagaimanapun, cara pencegahan palingmudah ialah menjaga kebersihan. Pada musim cetusan penyakit seperti sekarang ini, elakkanmembawa anak ke tempat sibuk dan sesak seperti pusat beli-belah dan kolam renang awam.Tutup mulut ketika batuk atau bersin. Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas ke tandas.Jangan lupa untuk kerap membersihkan peralatan yang digunakan kanak-kanak. Malah, pengusahatadika yang diarahkan tutup kerana penyakit ini juga perlu membersihkan semua peralatan dalampremis mereka sebelum ia dibuka semula. Langkah ini penting untuk mengelakkan jangkitan berulangkerana virus Cx A16 boleh hidup lama di luar badan manusia, katanya.

**************************************************************************************

ciri-ciri ni semua ada pada my Dhia Nur Adawiyah....
semoga cepat semboh yer...
ngeri tengok pic hasil carian mr google ni...

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)


Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.


HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.
Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
  • Demam
  •  Sakit Tekak
  •  Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  •  Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Komplikasi

· Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.


Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga


Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.


Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  •  Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  •  Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  •  Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  •  Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  •  Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.




0 ulasan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink