Friday, June 3, 2011

susu aku aka susu ibu...

Ari ni 3/6/2011 bermakna genap usia Dhia Nur Adawiyah 3 bulan menyusu susu ibu sepenuhnya tolak 1/2 hari pada ari ke 6 Dhia gara-gara babah tuduh susu ibu sebab jaundice tak ilang ayat babah yang ibu tak leh lupa.." tu diaa susu sayang kuning pekat mcm ner anak tak surut kuning dia ni..abang rasa susu sayang nii".. (satu lagi MITOS yang tak boleh diterima akal kan??) babah beli susu FM Babelac sebab tension dok kena ulang p ambik darah hu hu. Ibu tak sanggup sebenarnya nak bagi Dhia FM tu sebab susu ibu terlalu banyak dan ibu mendapat sokongan padu dari kawan-kawan FB kat Kumpulan IBU menyusu bukan susu ibu penyebab prolong jaundice malah penawar yer aaaar babah. So ibu bagi sekali jer FM depan babah pas tu ibu tak bagi dah next check up nah lagi meter jaundice melonjak naik ke 258 hmm babah diam jelah, dan ibu terus nekad menyusu sekerap-kerapnya  melawan jaundice.. Syukor Alhamdullillah rezeki Dhia..Kini dah usia 3 bulan, sihat, aktif dan ceria..sentiasa tersenyum dan pandai suka tengok tv dah..semalam g ambik Dhia kat taska Ummi tengok Dhia tengah tgk cd Mickey ler..khusyuk toii..homey-homey...


Ari ni rasa macam nak ngomel dan berkongsi macam ner daku dapat kekuatan dalam penyusuan susu ibu untuk Dhia..
Masa Wisya, daku tak dak peluang nak susukan dia, abis jer pantang terus bagi Susu Babelac alasan nak masuk kerja senang nak tinggal.. Susu yang banyak ku tempek kobis bagi kering..ngong kan daku 4 tahun yang lalu..so mcm dapat hidayah nak full kan susu ibu untuk Dhia..fikir-fikir balik rasa ralat sangat, sedih susu ibu adalah hak anak kan daku tak tahu langsung..zero bab bf ni..
 Sejak mengandung Arwah Raqib tahun 2009 lagi dah niat nak susukan Arwah selama yang boleh.. tapi apakan daya kuasa dan Hak ALLAH kan..Arwah ngan anak Kaunselor usia diaorang sama jer selang sehari kalau ikut tarikh lahir so suka tengok Kaunselor kami aka Che Yant yang selalu kendong beg perkakasan  pam dia, time dia ngepam, rasa syok.. Macam dapat hidayah ler pulak layan FB dan di add kan Join group kumpulan Ibu menyusu yang diperkenalkan oleh kawan sekolah ku Rina, dok follow silent reader jer sebab tak dak pengalaman lagi kan..follow pun follow..hunting bf kodek sana sini..blogwalking..copy paste masuk blog sebagai persediaan awal dalam penyusuan susu ibu penuh katakan..Syukor selamat bersalin pada 3/3/2011 yang lepas namun hari pertama Dhia tidak dapat peluang nak nyusu lagi sebab  kena tahan wad SCN (Wad rawatan rapi bayi Hospital Kulim) sebab ada kes IUD  dan air ketuban bocor 24 jam ditahan sebab suspek kuman so kena ambik darah utk ujian saringan kuman..2 hari 2 malam di wad SCN pastu  masuk wad 1 Kanak-kanak sebab kena jaundice la pulak..Ibu darah O berisiko untuk jaundice.. check in bawah lampu 2 hari 2 malam jugak so total 5 hari 4 malam dhia di Hospital Kulim..start ari ke 3 baru dhia sepenuhnya nyusu susu ibu dan berlawan dengan jaundice.. Tiap-tiap hari kena g ambik darah untuk check kuning, memang tak sangka ler anak ketiga ni mengidap kuning sampai 44 hari, kena refer pakar ambik segala sample untuk ujian..Doktor kata may be susu ibu sebab kumpulan darah o sama ngan anak n take time jer, tapi kerapkan jer susu ibu jangan campur sebab memang susu ibu banyak. Segala masalah ku luahkan kat group IBU KIM..ramai yang prihatin membantu memberi semangat, idea..tak kedekut ilmu pun siap ada ibu yang Private Mesej FB lagi bagi kekuatan kat daku...
Dalam pantang dah mula berjinak-jinak nak wat stok so suruh hubby beli bekas dadih.. pas terbaca lak isu BPA free ler, plastik ada effect ler mati molekul susu ler..timbul risau n stop dulu wat ebm ni sebab tak dak storage bpa free lagi.. hanya directfeeding jer selama dalam pantang dan 60 hari tu, macam-macam konflik datang pk nak kerja lagi  mcm ner nak pam ke.. survey lagi peralatan yang diperlukan..tak dapat budget dan sokongan suami..sokongan padu ibu-ibu kat KIM buat ku nekad nak memiliki set untuk bf ni dengan kemampuan sederhana yang ada
kodek-kodek, survey harga, deal ngan dealer storage yazar yazid..pam, cooller pack bag ngan Aina kenalan dari group FB KIM jugak, deal set ekonomi jer padan ngan budget sendiri dan kemampuan sendiri..semua pembelian online jer.. so dapat jugak set ngan budget yang ada jer.. tunggu poslaju kurier macam tunggu bulan jatuh ke riba jer ibarat daku ni yang keterujaan..
Storage milk auntumz untuk taska..beg cooler untuk masuk kerja..cooler pack..breastpump avent manual pulak sampai tak complete, adoyaii memang dugaan la sangat-sangat ni..handle tak dak dalam set pam tu bayangkan la rasa mcm ner kan ada pam tapi tak leh guna huk huk.Pam pureen manual sakit tak tahan ler susu tak kuar pun air mata yang nitik lebih-lebih..anak punya pasal pam tangan jer wat mermet Anugerah ALLAH pada kita kan..Syukor tidak terjejas sama sekali so ini bermakna bukan pam terbaik yang berjaya dalam penyusuan sebenarnya tetapi MENTAL ibu yang mesti kena kuat kan, mind set selalu kena kata Insyaallah Susu ku cukup untuk anak..stok ku kat umah boleh di ibaratkan mcm kais pagi perah malam, kais malam perah siang he he.. la sebab stok ebm pun dah clear..dalam peti ais semua untuk 3 hari..dhia macam tak baper nak sgt susu ebm ni..Pelbagai halangan dalam menyusu ni, yang penting ibu kuat dan rajin kan kan ibu @ kawan ibu nyusu ni?.
Elemen paling best dalam menyusu ni kan ialah KURUS !! memang tak dinafikan menyusu badan salah satu bonus buat ibu-ibu yang baru lepas bersalin, beratku dari 90 kg kini dah 70kg, banyak lagi nak lost kan nak berat dalam lingkungan 60kg ker walaupun berat turun agak perlahan namun badan akan fit dan cantek. Semalam ada perjumpaan rakan sejawat seluruh JKM P.Pinang..ramai rakan-rakan sejawat bertemu after cuti 3 bulan tegur kata dah kurus banyakla..Kembang Ibu dhia ni..he he. sambil menyusu sambil diet la.No AIS  on breastfeed mcm kak E-Car selalu cabar...kena kontrol jugak makan-makan ni.. naik 4kg balik kampung 5 hari 4 malam gara-gara makan nasi..siap kena perli lagi ngan En Suami..Hard Diet ni daku skip nasi tapi ganti dengan semangkuk sayur-sayuran. Nasi hanya makan pada hari ahad or kenduri kendara jer buat masa sekarang, bila dah berat ideal nak maintain pulak ler kan kan.. Daku rajin survey, hunting n try semua milk booster yang ada disarankan kat group KIM, yang serasi dengan badan. Antara milk booster yang serasi ialah horlick + kurma.kismis.. kuah satay.. air halba..carot putih..cheese tart.kucai + ikan bilis rebus..sawi + ikan bilis rebus. sentiasa rajin try semua milk booster yang ada..walaupun tak makan nasi namun susu tetap ada, rezeki..rezeki ALLAH..



So life rasa mcm berubah sikitla..daku kini happy pagi-pagi Wajib bawak beg cooler, cooler pack dan 3 botol storage ke opis.. rasa puas dapat pam susu sebelah cik B 5oz sekali mermet walaupun tak dak pam lagi ni..harap-harap cepatla handle tu sampai yer..dah malas+ tak larat lengoh sebenarnya..


Best ada kengkawan bg semangat..
Special kredit to 
  • IBU-IBU perihatin dari FB group KIM
  • geng hot mama blogger kat FB
  • Kawan kat FB 
  • Puan Hayanti
  • Kak E-car
  • Dilla Jalil
  • Aina
  • Hanni Kamila 
  • Dila adila
  • Liza wati zaidin + Needa neezam
  • Rinahezriza
  • Kak jannatul Fadilah
  • Liana Sofian
  • Nana
  • Ku kuat sebab ada kawan- kawan yang membantu...
Nak susukan susu hingga titisan susu yang terakhir buat anak ku Dhia Nur Adawiyah..sedih bila teringat kisah susu terakhir itu..nanti ada masa ku copy masuk..sekarang belom ada kekuatan nak paste kat halaman daku..


Ku bermohon pada mu Ya Allah.. murahkan rezeki kami sekeluarga..


Amin





1 ulasan anda:

mamaqaireen said...

ameen..nama ku juga ada..terharu!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink