Thursday, March 17, 2011

Warkah buat Aqib...

Al-Fatihah..
Malam ni malam jumaat, ibu tak suci lagi nak sedekahkan ayat-ayat suci buat Aqib, anak lelaki ibu..
Walaupun ibu kini dah ada peganti Aqib.. ibu tetap ingat Aqib..
Anak ibu Muhamad Raqib B. Redwan..kini dah jadi abang kepada Dhia Nur Adawiyah..
Berbahagia lah dikau disana bersama penghuni jannah yang lain..anak-anak kawan-kawan ibu disana..
Dah setahun 2 bulan berlalu, ibu tetap ingat Aqib pernah hidup ngan ibu 9 bulan di alam rahim ibu..sama-sama ngan ibu 9 bulan, mengusik ibu,terkodek-kodek inside..semua ibu ingat pada anak lelaki ibu ni..
Ibu rindu pada Aqib, dah lama Aqib tak datang dalam mimpi ibu, last masa Aqib datang dalam mimpi ibu masa ulangtahun Aqib setahun, putih, berseri dan suci, berkilau nya Áqib pada masa tu. terima kasih ya ALLAH, menjaga anak lelaki, waris di akhirat ku.
Baju-baju Aqib kini semua ibu bagi Adik Dhia Nur Adawiyah pakai, semua orang tegur kat klinik adik Dhia boy ker sebab pakai colour biru.. tak ibu cakapla baju semua arwah abang dia ni.. Untuk adik Dhia ibu belom start shopping apa lagi. Kini kerinduaan ibu pada Aqib, pada tangisan anak kecil ibu sedikit terubat bila Adik Dhia pakai semua baju Aqib..tapi tidak semestinya ibu dah lupa pada Aqib..ibu tetap akan ingat sampai bila-bila tau..bila orang tanya, tegur anak baper dah..ibu tetap jawab anak-anak ibu dah tiga.. Yang lelaki ALLAH jaga.. kurniaan ALLAH pada ibu, anak ibu penghuni syurga..
Aqib jangan risau ya..ibu tetap ingat, sayang anak-anak ibu. Kakak Wisya pun sentiasa ingat akan Adik Aqib dia..nanti bila Adik Dhia dah besar ibu akan bagitau yang Dhia ada abang di atas sana, tersenyum melihat kami disini kan..





2 ulasan anda:

Ztee_Azwanis said...

al fatihah utk aqib.

didielife said...

thank mama likha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink