Thursday, March 17, 2011

susu oh susu...

sempat copy paste petua dari kumpulan ibu nyusu fb,..

Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
Jambu batu – makan begitu sahaja.
Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
Barli – air atau bubur barli.
Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
Air horlicks
Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
Teh hijau jepun
Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.



Tip asas untuk tambahkan susu..

1 Susukan bayi dengan kerap dan perah dengan konsisten Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY BY DEMAND. semakin banyak demand semakin banyak susu ibu yang terhasil. Jadi, semakin banyak kali bayi disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak ...susu yang diperlukan. Maka, insyaAllah susu pun bertambah banyak.   
2. Satu lagi, pastikan B sentiasa dikosongkan pada setiap kali sesi penyusuan/perahan. Walaupun bayi adalah pam yang terbaik di dunia tetapi kadang-kala bayi tidak minum sehingga kosong atau mungkin mengosongkan sebelah sahaja payudara, jadi ibu masih perlu mengepam keluar susu supaya otak dapat menerima signal yang betul. Susu yang diperah boleh dijadikan stok sekiranya berlaku kurang susu di suatu hari ini.  
 3. Elakkan menunggu sehingga bengkak susu, baru perah. Hasilnya memang lumayan, namun untuk jangka masa panjang susu akan makin lama makin berkurangan. Tentunya ibu-ibu mahu menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, bukan?   Untuk ibu yang bekerja, perah/pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Perah pada masa yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari B akan penuh dengan susu dan sekiranya lewat pam akan mengalami bengkak susu.  
 4. Minum banyak air Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memenuhi keperluan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Tetapi untuk ibu yang menyusu, air yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ini kerana air yang keluar bukan sahaja melalui sistem perkumuhan tetapi juga dari penyusuan. Banyakkan, 3 liter sehari. boleh muntah air dibuatnya. sedikit tips untuk memastikan ibu minum air yang mencukupi. Sediakan bekas air yang besar iaitu 1 atau 1.5 liter sebagai indicator untuk memudahkan ibu tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari. Setiap kali lepas buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air. Untuk mengelakkan ke tandas terlalu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. ini memudahkan badan menyerap air dan meng’optimum’kan fungsi air dalam tubuh. minum juga air semasa sedang menyusu. Sediakan sebotol air masak di tepi katil. sekiranya ibu bangun malam, boleh la melegakan tekak sedikit. pengambilan vitamin juga menyebabkan darah pekat, oleh itu, air diperlukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh.  
 5. Doa Senjata utama orang Islam adalah doa. Walau pun telah pelbagai usaha yang dilakukan tetapi jika Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi, janganlah sombong dengan Allah. Banyakkan berdoa, berzikir dan mengingati Allah. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lagi banyak kita berdoa, lagi suka Allah mendengarnya. Mintalah dengan Allah, kerana hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.

2 ulasan anda:

~ Mrs. EZZAD ~ said...

kak, pah pun ingat nak full fb nanti..:)..sebab susu pah banyak la..heheh..sekarang pun dh ada..dr perut 3 bln dlu..msti best kn baby fb??hihihihihi..

didielife said...

best sesangat pah, bahagia jadi ibu.. insyaallah,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink