Friday, April 16, 2010

Aku dan Lilin...


Aku dan Lilin..Apa kaitanya ngan aku dan lilin ni ekkk...? hish hish..Aku dah macam lilin la....menerangi kehidupan walaupun terbakar diri... Ewah ha ha sebenarnya hari ini kitaorang ada kelas kerja sosial, penceramah menyatakan bahawa kerjaya kami sebagai Perkerja Sosial memang amat mencabar dan banyak perlu pengorbanan yang harus kami korbankan..Waaaaa bangganya aku!!..Aku ingat g, siasat kes bantuan masuk kampung-kampung jalan kecik persona aku calar,kemek sebab aku memang tak reti bawak keta ngan jalan kecik, p umah klien kawasan cina giler kena kejar anjing gila aku reyau menjerit-jerit ooo, orang gila marah-marah, klien marah-marah kat kaunter..klien maki-maki kat kaunter..klien memang daif,susah..orang-orang tua..orang papa, peminta sedekah yang kami tangkap masa operasi..baby-baby yang terbuang, hantar kes-kes gadis hamil luar nikahla, hantar-hantar kes-kes ke Mersing la, Pahang la hish pendek kata ke Institusi Jabatan Kebajikan ler..Selia kes-kes juvana kanak-kanak, pesalah muda ni kerja hakiki aku maksudnya aku ni macam pegawai parol lak dok ikut jer pesalah ni wat keja hukuman yang dijatuhkan iaitu khidmat masyarakat..budak-budak (18-21) ni kalau tidak masuk penjara dah ,kalau unit CSO tak wujud.., p masuk mahkamah...kes kebakaran pukul 11 malam pun bergegas pergi, tido pusat banjir time bulan posa tapi tak bersahur sebab rela bg mangsa banjir bersahur dulu.. bertugas ngah panas,berpeluh-peluh gatal masa pameran dan kaunter. Aku ingat g Time pilihanraya yang mencabar dan time tu jugak umah tangga dok bergolak sebab selalu sangat balik kerja lewat...huh kalau nak rewind ni banyak jugak noh baru berusia 28 tahun dah macam-macam realiti kehidupan aku lalui..Sepatutnya Aku kena bersyukur dan bersabar dengan apa yang aku ada sekarang ni...Kerajaan,menteri, ketua pengarah dan atas-atasan nak kami semua  amalkan pendekatan sosial ler, kerja sosial ler,kemahiran bersosial ler..so aku terpaksa berkorban 2 minggu ooo nak dapat ilmu-ilmu kerja sosial ni..Pejam mata tinggalkan Nur Darwisyah di Taska, tahun ni 1st time kena tinggal dia selama 2 minggu..sebelum ni abis sgt 5 hari jer.. Perngorbanan jugak kan....Ari ni Kena marah ngan suami yang tidak memahami dengan kerjaya aku.Rasa makan hati bila kena marah..kalau aku keja balik lewat mcm dekat magrib baru sampai, keja hari minggu sabtu ahad. keja lewat malam,keja ataupun dok komunikasi ngan lelaki-lelaki (staff lelaki).Macam-macamla kalau nak senarai ni...Dia memang tak faham as Pekerja Sosial ni kena berdepan ngan semua ni..kalau aku tak kerja, mampu ker dia sara maintenance aku ni??.Selagi aku mampu, aku kan bersabar...dia ingat aku nak sangat ka tinggal anak, umah p dok kursus kat kl ni..Aku kerja pun dapat membantu dia jugak tak yah susah nak belikan apa yang aku nak..aku leh beli sendiri lah..huh memang aku dah jadi  lilin ni...sedih dan sebak menahan rasa kalau pk suami yang tak mau paham keja aku ni..air mata dok teman aku ja ni..hu hu...kalau nak ikut perasaan tu memang la rasa stress sangat-sangat ngan keja..tapi ini dah keja aku..nak lari p mana g kan..mahu tak mahu aku kena hadapinya dengan bijak dan tenang..Yes aku akan hadapinya...

The end session kelas petang tadi penceramah meminta kitaorang as peserta Kursus Kerja Sosial menyanyikan Lagu Biarku menjadi Lilin...dia kata kami as Staff Jabatan Kebajikan Masyarakat sememangnya kena jadi Lilin..walaupun memang la dibayar gaji tetapi bukan senang nak melaksanakan tanggungjawab dengan rasa ikhlas dan berdepan ngan risiko ooo dah la elaun kritikal memang tak dak..dibuatnya aku ditetak ngan orang OKU mental ker tak ker haru jadinya aku ni....betoilah trademark JKM "Berkat Berjasa"..kalau kita ikhlas,jujur dan bersabar dalam menjalankan tanggungjawab maka hidup akan diberkati dan mendapat ganjaran di Akhirat..di dunia dibayar gaji...ALhamdullillah selepas selesai nyanyi lagu Lilin ni dikelas tadi aku merasa sedikit sebanyak bangga ngan kerjaya aku as Pekerja Sosial di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang..selepas ini aku tak mau lagi dah merungut ke apa..kalau nak keberkatan ,aku perlu ikhlas ,sabar dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada ku sebab aku ini adalah kerjaya aku sekarang, nasib aku memang jenis bersosial (peramah da..sat lagi pk lain lak..) Aku rasa sangat bersyukur sebab nama aku terpilih mengikuti kursus ini walaupun 2 minggu aku kena pejam mata tinggalkan Wisya di taska dan menahan rasa sedih apabila Wisyah tak nak bercakap dengan aku, aku tahu dia merajuk. Balik ni pujuk ler, apa susah..tak moo dah pk2 lagi....Apa yang ku harapkan agar suamiku faham akan kerja dan tanggungjawab aku...Hanya orang yang bergred S sahaja tahu akan fungsi S tu kan?..

 



0 ulasan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink