Saturday, January 23, 2010

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

"Jangan Bersedih...Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia"....

Dah lama tak update n3 blog ni yer,idea banyak cuma tak dak masa lak nak karang, anak suka wat perangai lak skunk ni..dia jeles Ibu dia asyik ngan lappy jer so bila on jer lappy ni dia akan usahakan pojek supaya Ibu dia akan off balik n tak jadi nak karang n3 terbaru..Bila dia dah tido bolehla layan blog ni, elokla ngan time hubby keja malam lak ni leh la nak kongsi sesuatu yang boleh memanfaatkan kita sebagai kaum "Wanita" ni...

Actually pic kat atass ni ialah buku hadiah dari my hubby untuk
aku yang murung, bersedih dan meratapi nasib selepas Ujian Allah yang kawan-kawan semua sedia maklum kan?.My Hubby jenis tak banyak cakap dan memang dia ni jenis tak tunjuk perasaan dia yang sebenar maksud aku aku tak nampak langsung riak kesedihan dia bila "Raqib" tiada.. Bagi dia yang jenis tak reti dan tak banyak cakap so dia hadiahkan buku ini agar aku faham apa maksud dia..So time tu kita org g jalan-jalan (dalam tempoh pantang g ooo) kat Jusco Bandar Perda, masuk Popular n aku sibuk cari diari muslimah dan planner untuk ready nak masuk opis.. Selesai bayar  sambil jalan-jalan aku tengok ada buku ni dalam plastik popular bersama diari..So aku buka lah tgk hmmm boleh tahan la isi kandungan citer dalam buku ini...Hubby kata "sayang kena baca buku ni, baru sayang berhenti salahkan abang,seksa perasaan abang..kena terima lah apa yang ada sekarang ni.." mendalam kan maksud dia?..hmm sebenarnya walaupun orang tengok aku ni macam OK tapi hakikatnya aku K.O!! lagi dalam hal ehwal umahtangga lah..(kuat ngamuk, kuat bebai,pendek kata wat giler-giler dera perasaan suami).Bila aku mulai membaca isi kandungan buku ni..Fuhh sebijik sejiban kena atas batang idung aku daaaa.Memang bessst  aaa buku ni, bila baca jiwa hati jadi tenang dan memang aku ni bukan kategori Isteri yang mithali la selama ini....Mulai dari hari ini aku nak berubah...Jadi Wanita Yang Paling Bahagia.....

Antara yang aku nak kongsi adalah

V
V

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

  • Anda mungkin terluka kerana persoalan yang anda hadapi...

  • Perbaiki diri anda, maka ALLAH akan redha terhadap anda..

  • Redhalah atas pilihan ALLAH.....

  • Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan, sebagai pengeluar " manusia". Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
    Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?
    Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

    Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki..Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
    "Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him"...
 
Betapa hebatnya menjadi seorang "Wanita", betapa  agungnya darjat wanita itu diangkat..Maka aku tidak seharusnya merungut dan mengomel lagi kerana "Aku Seorang Wanita".. kepada Lelaki bernama Redwan dan ibu kepada Nur Darwisyah dan Muhammad Raqib...Ya Allah, bantu lah aku...kerna aku ingin menuju ke jalan-Mu Ya Allah.., jalan yang di redhai, jalan yang membawa ku kepada anak lelaki ku, Raqib..

Saudariku!
Ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkanlah kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan, dan jauhkanlah dari keputus asaan dan kegagalan. Pada saat itu "Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana andalah "wanita yang paling berbahagia di dunia ini"

"Jangan Bersedih..Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia"
>"Tersenyumlah untuk hidup".....





 

0 ulasan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink